Followers

Meh Tinggalkan Link Untuk Blogwalking ye..

Diantara Kawan Dan Sahabat....



Kali ni aku nak share pasal cerita kawan dan sahabat.. bagi aku kawan ni memang senang cari.. mana kita pergi kita akan cari dan jumpa kawan.. tapi sahabat ni susah nak cari.. korang pun tau kan.. so x payah la aku nak explain lagi kat sini..

Anyway.. aku memang senang berkawan, suka berkawan tapi aku tak ramai kawan. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku tak ramai kawan.. mungkin aku ni jenis yang tak suka amik tau hal orang sampai orang rasa aku ni tak patut ada kawan. Maksud aku tak amik tau hal orang tu ialah.. aku ni jenis yang tak 'buzy body'... suka jaga tepi kain orang.. suka amik tau hal peribadi orang... haaaa.. mcm tu.. jgn salah sangka ye.. orang sekarang suka kawan dengan internet bergerak.. orang jenis ni memang ramai kawan.. dan orang pun suka berkawan dengan dia ni..hehehe.. banyak info dan cerita best la katakan....
Walaubagaimanapun aku tetap ada kawan untuk bersembang dan berborak.. ada juga kawan untuk berkongsi info dalam segala macam hal, ada juga kawan untuk bergurau senda dan kawan untuk berkongsi rasa.. cuma diorg ni 'hanya kawan'.. korang faham kan.. mean kawan jenis ni 'datang dan pergi.... sesuka hati'...... hehehhe.. cuma ada masa tertentu je diorang ni datang kat aku... erm.. masih lagi aku dalam kategori tak ramai kawan...

ok next, sahabat.. aku ada a very limited sahabat.. ialah seperti yang korang tau memang sahabat ni kategori limited edition.. so aku ade beberapa edition sahabat utk pengetahuan korang.. meh aku citer sket pasal diorg..hehe..

  • 'SAHABAT KARIB' - ni first ranking aku.. banyak benda yang kitorang boleh share sama-sama, hobi, minat.. banyak lagi la.. pastu kitorg suka bertukar-tukar pandangan dan info untuk digunakan atau diamalkan oleh masing2.. pendek kata memang sesuai la dia ni aku jadikan sahabat karib..hehe.. cuma masih banyak lagi yang kitorang kena faham dalam istilah sahabat karib ni.. aku harap persahabatan kami akan kekal selamanya.. insya Allah..
  • 'SAHABAT BAIK' - ni kategori 2nd runner up..hehe... aku ngan dia ni memang sahabat baik.. kitorg selalu amik berat antara satu sama lain.. tau serba sikit pasal keluarga.. walau x banyak.. (aku rasa memang tak berapa banyak..hihi) erm.. memang susah nak berpisah ngan sahabat baik ni.. tapi peranan dia tak sama mcm sahabat karib tadi.. mmg banyak beza walau setiap mereka ada kelebihan dan kekurangan masing2.. itu yang buat kami jadi sahabat baik.. dan seperti biasa aku tetap dookan agar persahabatan kami kekal selamanya..
  • SAHABAT - ni plak kategori 2nd lower. Kami memang bersahabat baik.. saling amik berat antara satu sama lain.. famili pun kenal baik dan serasi berkawan dari dulu sampai sekarang.. cumanya kitorg jarang jumpa.. cuma selalu call atau sms je dan bila free baru la jumpa.. yang ni pun susah nak berpisah.. tetap best bersahabat dengan dia ni.. masih banyak lagi benda yang kitorg kena pelajari dan fahami.. yang paling best ada benda n perkara2 tertentu je yg kitorg akan share...hehhe.. yang pasti memang sesuai dengan jiwa kitorg.. persahabatan kami ni hampir macam adik beradik.. (hampir je ye.. bukan adik beradik..).. anyway.. doa aku tetap bersamanya juga agar persahabatan kami kekal selamanya....
Walau panjang lebar explanation aku ni.. hakikatnya aku masih macam ni.. hidup bersama teman setiaku.. yang mana penting untuk aku bawa dia kemana saja aku pergi.. siapa.. tentulah si 'Acer' kesayanganku ini..hehehe.. aku selesa bila dengan dia.. banyak benda kami kongsi sama2.. banyak luahan rasa kami bersama.. eee.. banyaklah.. aku tak tau apa jadi kat aku kalau dia tak de.. mesti hidup aku sunyi..huhu.. aku harap aku dapat bersama dengan dia selama mungkin.. insyaAllah

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Link

Aku Dan Kisah Dongeng..

Salam pertemuan....

Lama juga aku tak bariskan ayat-ayat indah kat blog aku ni.. ye la.. aku pun agak sibuk sejak kebelakangan ni.. apa pun aku nak kongsi ngan korang lagu ni.. aku suka lagu ni pasal maksud dia mmg mendalam.. mungkin ada juga kaitan dengan kita yang masih hidup kat dunia ni atau yang telah meninggal dunia sama ada secara sengaja ataupun kebetulan.. setiap bait lagu n lirik ni betul-betul tinggalkan kesan yang mendalam buat aku... ye la.. aku sedar saper diri aku yang sebenarnya.... layaaannnn~~~~



Lirik Lagu Stacy – Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

(ulang korus)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...