Followers

Meh Tinggalkan Link Untuk Blogwalking ye..

Christina Perri – A Thousand Years Lyrics From The “Twilight: Breaking Dawn Part 1″ Soundtrack


Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed that I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

OST OMBAK RINDU


Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku

Hafiz :

Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung

Adira :

Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu berserah

Moga cahaya tiba nanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku

Demam Movie Akhir Tahun...!!

Lama juga aku tak tulis entry.. agak bz sket lately.. nak share sket pasal demam movie akhir tahun ni.. aku ade dua story yang memang mendapat sambutan hangat di seluruh panggung wayang kat malaysia ni.. memang kalau pergi mana2 blog je mesti ada jumpa entry-entry pasal cerita ni... nak tau yang mana satu..jeng..jeng..jeng.. aku pun terjebak gak dengan 2 story ni kalau korang nak tau.. korang pun mesti ramai gak yang terjebak kan? kalau tak dua-dua story mungkin yang satu ni memang kompom terjebak gak..hehhe...

Demam aku yang first:-

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1
Date Release in Malaysia: 24th Nov 2011



cerita ni memang aku nantikan dari awal2 lagi.. ye la kan.. sebab aku memang ikuti cerita ni dari awal sampai hampir nak akhir ni.. cuma aku agak kecewa sket dengan industri perfileman kat malaysia ni.. banyak sangat scene yang di potong.. kalau ikutkan scene tu tak de lah teruk sangat dan melampau sangat.. filem2 kat malaysia yang ada aksi yang tak sepatutnya boleh lak ditayangkan.. sungguh tak adil.. pastu aku rasa cerita ni tak sepatunya dikelaskan sebagai 13PG sebab aksi kat dalam cerita ni tak de lah sangat unsur ganas dan seram.. patutnya dikelaskan sebagai 18 @ (18SX) sebab ada unsur seks tetapi tidak lah keterlaluan sangat cuma tak sepatutnya ditonton oleh remaja seawal usia 13 tahun.. pendapat aku la.. harap2 DVD ni nanti keluar kat malaysia jangan lah ada scene yang dipotong lagi.. sebab jadi tak berapa nampak jalan ceritanya nanti.... Anyway.. tahniah buat Rob and Kristen (Edward & Bella) untuk lakonan hebat yang memikat hati.. Love you Edward..muah..muahh..

Demam aku yang second:-

Ombak Rindu
Date Release: 1 Dec 2011


Cerita ni semua orang tau ia diadaptasi dari sebuah novel kepada sebuah filem.. seingat aku la masa mula2 aku baca novel ni masa aku tingkatan 2 tahun 1995..huhu.. lama betul.. memang aku tak jemu baca walau sampai hari ni.. jalan ceritanya juga memang selalu bermain2 dlm fikiran aku bila aku teringat.. kadang2 tu boleh bawak ke berangan...hehehe.. oh! Hariz @ Aaron Aziz.. walaupun ramai yang bagi komen yang baik atau yang buruk tentang cerita ni.. bagi aku cerita ni tetap best dan romantik..hehehe... tahniah untuk Aaron Aziz dan Maya Karin (Hariz dan Izzah).. love this story so much..

so kesimpulan yang dapat aku buat ke atas kedua-dua cerita yang diadaptasikan daripada novel yang popular ni.. memang aku bagi 4/5 bintang.. tapi sesungguhnya.. filem2 ni memang tak boleh menandingi novel-novel asalnya.. novel memang the best.... hati aku lebih berbunga bila baca novel.. tapi movie pun gempak juga... ok.. that all for now.. jumpa lagi dientry akan datang..


Diantara Kawan Dan Sahabat....



Kali ni aku nak share pasal cerita kawan dan sahabat.. bagi aku kawan ni memang senang cari.. mana kita pergi kita akan cari dan jumpa kawan.. tapi sahabat ni susah nak cari.. korang pun tau kan.. so x payah la aku nak explain lagi kat sini..

Anyway.. aku memang senang berkawan, suka berkawan tapi aku tak ramai kawan. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku tak ramai kawan.. mungkin aku ni jenis yang tak suka amik tau hal orang sampai orang rasa aku ni tak patut ada kawan. Maksud aku tak amik tau hal orang tu ialah.. aku ni jenis yang tak 'buzy body'... suka jaga tepi kain orang.. suka amik tau hal peribadi orang... haaaa.. mcm tu.. jgn salah sangka ye.. orang sekarang suka kawan dengan internet bergerak.. orang jenis ni memang ramai kawan.. dan orang pun suka berkawan dengan dia ni..hehehe.. banyak info dan cerita best la katakan....
Walaubagaimanapun aku tetap ada kawan untuk bersembang dan berborak.. ada juga kawan untuk berkongsi info dalam segala macam hal, ada juga kawan untuk bergurau senda dan kawan untuk berkongsi rasa.. cuma diorg ni 'hanya kawan'.. korang faham kan.. mean kawan jenis ni 'datang dan pergi.... sesuka hati'...... hehehhe.. cuma ada masa tertentu je diorang ni datang kat aku... erm.. masih lagi aku dalam kategori tak ramai kawan...

ok next, sahabat.. aku ada a very limited sahabat.. ialah seperti yang korang tau memang sahabat ni kategori limited edition.. so aku ade beberapa edition sahabat utk pengetahuan korang.. meh aku citer sket pasal diorg..hehe..

  • 'SAHABAT KARIB' - ni first ranking aku.. banyak benda yang kitorang boleh share sama-sama, hobi, minat.. banyak lagi la.. pastu kitorg suka bertukar-tukar pandangan dan info untuk digunakan atau diamalkan oleh masing2.. pendek kata memang sesuai la dia ni aku jadikan sahabat karib..hehe.. cuma masih banyak lagi yang kitorang kena faham dalam istilah sahabat karib ni.. aku harap persahabatan kami akan kekal selamanya.. insya Allah..
  • 'SAHABAT BAIK' - ni kategori 2nd runner up..hehe... aku ngan dia ni memang sahabat baik.. kitorg selalu amik berat antara satu sama lain.. tau serba sikit pasal keluarga.. walau x banyak.. (aku rasa memang tak berapa banyak..hihi) erm.. memang susah nak berpisah ngan sahabat baik ni.. tapi peranan dia tak sama mcm sahabat karib tadi.. mmg banyak beza walau setiap mereka ada kelebihan dan kekurangan masing2.. itu yang buat kami jadi sahabat baik.. dan seperti biasa aku tetap dookan agar persahabatan kami kekal selamanya..
  • SAHABAT - ni plak kategori 2nd lower. Kami memang bersahabat baik.. saling amik berat antara satu sama lain.. famili pun kenal baik dan serasi berkawan dari dulu sampai sekarang.. cumanya kitorg jarang jumpa.. cuma selalu call atau sms je dan bila free baru la jumpa.. yang ni pun susah nak berpisah.. tetap best bersahabat dengan dia ni.. masih banyak lagi benda yang kitorg kena pelajari dan fahami.. yang paling best ada benda n perkara2 tertentu je yg kitorg akan share...hehhe.. yang pasti memang sesuai dengan jiwa kitorg.. persahabatan kami ni hampir macam adik beradik.. (hampir je ye.. bukan adik beradik..).. anyway.. doa aku tetap bersamanya juga agar persahabatan kami kekal selamanya....
Walau panjang lebar explanation aku ni.. hakikatnya aku masih macam ni.. hidup bersama teman setiaku.. yang mana penting untuk aku bawa dia kemana saja aku pergi.. siapa.. tentulah si 'Acer' kesayanganku ini..hehehe.. aku selesa bila dengan dia.. banyak benda kami kongsi sama2.. banyak luahan rasa kami bersama.. eee.. banyaklah.. aku tak tau apa jadi kat aku kalau dia tak de.. mesti hidup aku sunyi..huhu.. aku harap aku dapat bersama dengan dia selama mungkin.. insyaAllah

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Link

Aku Dan Kisah Dongeng..

Salam pertemuan....

Lama juga aku tak bariskan ayat-ayat indah kat blog aku ni.. ye la.. aku pun agak sibuk sejak kebelakangan ni.. apa pun aku nak kongsi ngan korang lagu ni.. aku suka lagu ni pasal maksud dia mmg mendalam.. mungkin ada juga kaitan dengan kita yang masih hidup kat dunia ni atau yang telah meninggal dunia sama ada secara sengaja ataupun kebetulan.. setiap bait lagu n lirik ni betul-betul tinggalkan kesan yang mendalam buat aku... ye la.. aku sedar saper diri aku yang sebenarnya.... layaaannnn~~~~



Lirik Lagu Stacy – Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

(ulang korus)

BLOG AKU TAK LEH MASUK????!!!


Tension betul aku bila kecoh pasal blogger kena hack.. aku bajet blog aku x de effect la.. sekali tu aku masuk terus x kuar "SPAM".. adoi... tension.. setelah remove segala banner dan link ke gengblogger baru la settle..(harap-harap la..) kepada kawan2 yg x perasan akan hal ni sila lah remove semua tu utk kebaikan blog korang ye..

Dah la blog aku ni berabuk!! lama tak update.. bz dengan kerjaya dan kehidupan.. apa citer kat sini pun aku tak tau.. jenuh jugak aku fikir apa la nak tulis utk entry kali ni.. tu pun setelah beberapa bulan aku tinggalkan blog aku ni... kalau bertahun tak tau la apa yg jadi.. kepada yg masih singgah kat sini.. terima kasih ye kerana sempat lagi singgah n jalan2 kat blog aku ni.. nnt aku akan cuba balas 'blogwalking' tu balik tau!!!...

rasanya macam setakat ni je dulu kot.. nnt aku cuba cari bahan yg menarik utk dikongsi lagi dengan korang yg sudi membaca blog aku ni.. terima kasih dan jumpa lagi di post yang akan datang... daaaa...

MaWaR BiRu Dan Lagu..


Mawar Biru sungguh cantik dan istimewa dipandangan mata ramai orang.. Ia menggambarkan sesuatu perasaan yang tidak mudah diperkatakan..

Lagenda Mawar Biru mengatakan yang tumbuhan ini hanya tumbuh di kawasan pergunungan dan di tempat sejuk.. memang susah nak petik bunga ni.. Bagi aku.. Mawar Biru ni cuma wujud du alam khayalan aku.. dimana aku merasakan segala-galanya amat indah dan cantik bagi aku.. Apa.. ingat budak-budak je boleh berangan ker..hehehe.. aku ni sejak kecil memang suka berangan berada di alam khayalan aku sendiri.. bila sedih, binggung, kusut dan sebagainya... kat sanalah aku akan letak diri aku untuk tenangkan fikiran aku.. tempat tu sama dari mula aku bayangkan sewaktu kecil sampailah ke hari ini.. tetap indah dihati aku..

Korang ada imiginasi macam aku? Erm.. tak salah berimiginasi.. banyak jugak yang aku nak kongsi pasal imiginasi aku ni.. tapi apa pun aku nak kongsi lirik lagu 'Anuar Zain' - OST Merong Mahawangsa "Sedetik Lebih"
. Lagu dia ada kat ipod kat sebelh ni kalau nak dengar.. ok.. jumpa lagi next post ye..


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Sempurnakah.......

"Waktu aku terdengar lagu ni.. terdetik dlm hati aku tentang cinta sempurna.. Setiap bait lagu dan lirik yang disampaikan amat menyentuh jiwa aku dan meninggalkan kesan di hati aku.. banyak buat aku berfikir.. aku bukanlah fan kepada Yuna.. tapi banyak lagu2 dia yg aku suka.. Anyway.. nak share lirik dia.. baca dan renungkan sejenak.. bagi yg dah hafal.. dengar je kat sebelah ni ada lagu dia.. pun sudah memadai..hehe.."


Yuna - Cinta Sempurna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu... Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu... Darimu ohhh
Darimu ohhh..


Antara Minat Aku..

  • jeng..jeng..jeng..

Kongsi Info

NuKiLaN RaSa..

CiTeR AkU..

FaCe bLoG??!!

Erm.. Dah ramai dah org join group ni.. so aku pun terpengaruh dah.. hihihi.. tapi aku masih lagi tercari2 identiti aku dalam group ni..huhu.. kepada admin.. ku pohon tunjuk ajar darimu.. dan kepada rakan2 lain yg dah join tu silalah kongsi pendapat dan pandangan anda tentang group ni ye..

Anyway aku tak de idea nak wat entry pasal ni tapi setakat ni je la kot yg dapat aku tulis.. kepada yg baca sila tinggal komen anda pasal entry kali ni ye.. mekacih.. jumpa lagi...


"Dipetik dari 'FaceBlog' untuk tatapan korang..hehehe.."


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


KRU Studios: Penyembuh Rindu

Tak tau kenapa hati ni tersentuh waktu ni.. Mungkin aku rindu pada seseorang...
Siapa...? Tah la.. biarlah hati saja yang berkata-kata.. Apa pun lagu ni mmg sesuai
untuk aku layan ketika ini.. Sesungguhnya.. "KENANGKANLAH SAAT INDAH SEBAGAI PENYEMBUH RINDU...."




Penyembuh Rindu - Mawi ft Diana

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu


AkU RaSa... ApA KoRaNg RaSa..??!!


Dah beberapa hari aku tak update blog aku.. Erm.. tak de idea nak kongsi dengan korang sumer.. Jenuh juga aku pikir-pikirkan tapi masih buntu.. Kalau ikutkan memang banyak benda dan perkara yang boleh aku kongsi tapi aku sendiri tak pasti yang mana nak aku pilih..

Aku tak nak pulak nanti ada yang komen yang bukan-bukan pasal blog aku ni.. tapi aku rasa aku ada tujuan aku sendiri untuk buat blog ni.. so isinya pun terpulang pada aku sendiri.. Tak nak la nanti korang cakap korang terpaksa polow blog aku yang tak seberapa ni.. Aku harap korang polow sbb korang rasa korang nak tau siapa aku yang sebenarnya.. itu lebih baik.. aku bukan seorang penulis yang baik tapi bukan juga seorang blogger yang terrerr..hehehe.. masih merangkak lagi aku ni.. aku pun tak suka nak edit2 blog sangat.. cukup sekadar gadget yg ringan2 je sudah.. bukan apa.. mudah untuk aku tgk pemandangan yang tenang dan damai dalam blog aku ni..

Aku anggap blog aku ni sebagai alam maya aku yang mana ianya satu tempat yang
TENANG dan INDAH untuk aku merelaxkan diri aku ketika aku KUSUT.. So aku harap korang tak pelik naper blog aku agak KOSONG berbanding dengan blog orang lain.. Naper? sbb AkU RaSa SeLeSa.. ApA KoRaNg RaSa LaK??...

Tiada Kepastian Di Hati Aku...



Tiada Jodoh Antara Kita by Ziana Zain



semakin hari semakin aku redha dgn ketentuannya... tapi hati ni masih buntu..

Contest "JANGAN pandang camera"


tarikh buka: 1/3/2011
Tarikh Tutup : 29/4/2011


Alamak!!!.. First time aku di Tag untuk join contest mcm ni.. Apa pun terima kasih kepada my friend yg bertanggungjawab dlm hal ni..hehehe.. (jgn marah ye..)..

Ok.. disebabkan aku jugak merupakan salah seorang yg kira minat dlm bidang photografi ni.. maka dengan rela hati aku pun nak join sama contest ni..hihihi.. Aku ni bukan la jeis yg terer bab2 amik gambar mcm sorang kawan aku tuh.. dia mmg 'PAKAR'..ekekekkkk..

Anyway.. aku nak gak tunjuk gambar yg telah aku pilih utk aku pertandingkan..hehehe.. Aku amat mengalu-alukan sebarang komen yg membina dari korang yg baca.. Dengan cara tu aku boleh cuba perbaiki kekurangan aku utk meng'upgradekan' skill aku kepada yg lebih baik...hehhee.. lagi pun ini cuma hobi aku di masa lapang iaitu 'amik gambau'..hehehe.. tapi pakai kamera hanpon je la..ekekkekkk..

^
^
^
^
^
^
^
^


taaaaddaaa!!!!



haaa.. ni lah dia.. ketor gak aku nak amik gambau ni.. dah la pakai handpon biasa je kamera dia tapi still ok la bagi aku... harap2 korang yg tgk tu jgn gelak ye bila tgk gambar aku ni.. punya la possing masa ni sampai boss aku pun perasan yg aku tgh amik gambau...hahhaha.. so good luck to me!!! Kepada kawan2 yg lain jom la join contest ni ye.. dan kepada kak noura dan eida kalau minat moh la sama!! Mana la tau kot2 ader rezeki leh menang.. hehehe.. harap2 korang x kisah ye kena tag ni.. :)


Ceritera Aku dan 'benda' ni....
























huh!!.. tgk je dh geram.. tadi balik je keje Mr. B bawak balik pamplet pasal 'benda' ni.. Adoii.. hijau mataku tiba2.. tapi tu la kan... $$$$$..hehehe...

Anyway.. this is one of my interest... aku bab ni mmg minat giler.. Org yg paling aku sayang pun tak halang aku dari memiliki 'benda' ni.. cuma mampu ke tak aku ni..adoiii... Mr. B dengan senang hati pergi survey utk aku.. dia mmg pakar dlm hal2 automotif ni.. (bagi aku la.. tp mmg ada org yg lagi terrer dr dia..hehehe).. setelah mendengar penjelasan dari Mr. B.. aku mmg makin terbakar.. cuma bab ni je aku fail $$$.. (senyum je la...).

Asal aku minat ngan 'benda' ni..? Ramai yg tanya aku soklan camtu.. Aiseyman Ramlee... aku rasa bukan aku satu2 nya pompuan yg berhantu akan 'benda' ni.. malah ramai lagi yg sewaktu dgn aku.. malah lebih teruk dari tu pun ada.. cuma aku masih dlm peringkat baru nak berjinak2 je.. Saya budak baru belajar kalau salah tolong jolokkan..ahahhaa...

Bermulah sejarahku disuatu zaman yg lampau.....cewahhh!!!...

Aku mula berkecimpung dlm dunia permotoran ni (cewah.. mcm ye je..) sejak dari sekolah menengah lagi.. waktu tu aku baru dlm tingkatan 4.. Aku mendapat tunjuk ajar dari sahabat baikku yg juga merupakan peminat tegar dunia permotoran ni.. (masa tu la..).. walaupun berbeza dari segi jantina.. tapi kerjasama antara aku dan dia mmg dah mcm 'partner' dah.. masa tu aku cuma tau pasal motor 'cup' je.. (skang pun layan lagi..hehehe).. aku belajar bawak motor Ex5 je.. siap terbabas2 lagi masuk longkang and semak bagai... seksa jugak belajar bawak motor ni.. adoii.. tapi aku tak putus asa.. coba dan coba lagi sampai terer ..hehehe.. pastu aku cuba2 lak masuk 'Lumba Haram'.. (mcm ye je..hehehe) balik je sekolah ada la membe2 yg ajak test power..hehe.. aku on je.. apa barang balik cepat.. (walau masa tu mak bapak aku tak tau pun yg aku dah terer bawak motor..hehehe) aku mmg pandai kelentong mak aku masa tu.. tp mak aku mmg lagi terer dari aku.. dia leh agak aku pergi mana..

Pergaulan aku masa sekolah mmg boleh tahan.. ala2 'Gangster' la lebih kurang.. kawan ngan mat motor je masa tu.. blom panggil mat rempit g..hahaha.. asal lepak je ngan motor.. asal motor je lepak ngan kitorg..hahaha.. tapi aku x de motor pun.. harap pakai motor burok member aku yg dia x pakai dah masa tu.. tapi layan tau.. leh je aku bawak 'race'..ekekekekkk.. dpt la serat dua... sbb main 'taram'..(taruh).. perkataan masa sekolah..huhu..

Bila dah pelan terer, aku cuba2 lak bawak motor lain yg aku dpt free gak dari member2 group aku.. kali ni aku bawak RGV plak..hehehe.. layan gak bawak motor ni.. ngan bunyi dia.. adoiii... tp letih gak aku nak belajar.. sangkut2 jugak la kat semak samun.. tak ketinggalan rumah org..wakakakaka.. (sbb terbabas..) setelah terer aku dilatih oleh org yg bertanggungjawab utk melatih aku menjadi 'pelumba haram'..hehehe.. ye la.. sbb budak sekolah kan.. haram la tu.. aku mampu jugak la menambah pendapatan group aku dan dlm masa yg sama pendapatan aku pun bertambah..hehehe.. cemerlang gak aku masa tu.. boleh kata ader je org yg ajak aku on pas balik sekolah.. hehhe.. aku x de la terer sgt.. tp boleh la cari mkn.. masa tu aku dah mula la berciter2 nak jadi pelumba cupprix... tp masa tu mana ada pompuan langsung dlm bidang ni.. so berangan je la..

Setelah beberapa tempoh aku mula cari 'benda' baru lagi.. bukan la aku jemu tapi nak mencuba yg baru.. aku mula berjinak2 plak ngan motor yg berCC besor skit..hehehe.. itu pun mendapat sokongan dari sorang brother ni yg merupakan anak angkat kepada mak aku..hehhe.. aku mula praktis bawak motor dia iaitu ZZR ... hahha.. berat juga.. x padan ngan badan aku waktu tu.. tp berkat usaha aku beseerta dgn minat.. aku berjaya juga tamatkan pelajaran baru aku tu..ekekekkkk... nak amik lesen x de duit.. so apa lagi.. haram lagi la.. kali ni aku cuba cari mkn utk 'on' kat mana2 lobang yg ada.. tp susah sket pasal market yg ni byk org kaya2 n dewasa yg join.. aku kira masih budak hingusan la masa tu.. so apa barang kan... tp minat aku tak kurang pun.. aku tetap semangat mcm biasa.. cuma aku lebih fokus pada 'benda' biasa je.. senang nak cari mkn..hehe..

Setelah aku habis SPM.. aku mula rancak cari market nak 'on'.. dan sejak tu lah aku mula serik skit sbb dah mula 'xcden'.. sakit woooo... nasib x de yg patah2.. sampailah satu masa tu aku bosan and ingat nak slow la skit.. lagi pun mak aku dah penat bebelkan aku.. pastu group aku lak dah mula berpecah sbb ikut haluan masing2... aku pun byk habiskan masa kat umah je la layan karaoke.. 'benda' tu sumer aku simpan je wat pekasam..ahhahaha.. pastu bila mak bapak aku pindah.. bapak aku leh plak sedekah kat org 'benda' tu.. adeh... x de la kenangan aku lagi... Sampailah aku dpt melanjutkan pelajaran aku ke Universiti.... kat sana..............


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...