Followers

Meh Tinggalkan Link Untuk Blogwalking ye..

KeNaPa AwAk RiSaUkAn SaYa..??!!..


Apa yang paling awak risaukan tentang saya?..

Awak takut saya lupakan awak atau awak takut awak lupakan saya?..
Awak takut saya tinggalkan awak atau awak takut awak yang akan tinggalkan saya?..
Awak takut saya tak sayangkan awak atau awak takut awak yang tak sayangkan saya?..
Awak takut saya sakitkan hati awak atau awak takut awak yang akak sakitkan hati saya?..
Awak takut kehilangan saya atau awak takut awak akan hilang saya?..
Atau awak tak risau apa-apa dan awak tak rasa apa-apa tentang saya....

Apa yang patut saya risau?..

ALL BY MY SELF..


When I was young

I never needed anyone
And making love was just for fun
Those days are gone
Livin' alone
I think of all the friends I've known
When I dial the telephone
Nobody's home

All by myself

Don't wanna be
All by myself
Anymore

Hard to be sure

Sometimes I feel so insecure
And loves so distant and obscure
Remains the cure

All by myself

Don't wanna be
All by myself
Anymore
All by myself
Don't wanna live
All by myself
Anymore

When I was young

I never needed anyone
Making love was just for fun
Those days are gone

All by myself

Don't wanna be
All by myself
Anymore
All by myself
Don't wanna live
Oh
Don't wanna live
By myself, by myself
Anymore
By myself
Anymore
Oh
All by myself
Don't wanna live
I never, never, never
Needed anyone

KENAPA????????...

aku tak tahu KENAPA..
KENAPA bermain difikiran aku..
runsing aku memikirkannya KENAPA...

Kenapa - Shazzy feat. Lah V.E.


Sebelum ku kenalimu hidupku cukup ngan suka duka

Tak pernahku sangka semuanya akan berubah

Dikau bagaikan cahaya, bagi jiwa ku ini

Tak mungkinku lupa katamu kan sentiasa di sisi

Bagaikan satu kisah cinta kita berdua ke mana

Asyik berpegangan tangan orang lain dilupakan

Apa terjadi, diriku ni masih tertekan

Hati dilukai setelah janji ditunaikan

Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih

Rakan-rakan katakan buang masa ku cintai

Dikau punca pedihku, tiada baik darimu

Tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu

Kenapa harus ku bercinta, kenapa ku begini

Kenapa harus ku tanggung semua

Kenapa harus ku bercinta, kenapa ku percaya

Kenapa aku diperbodoh kasih

Tak mungkin ku lupa kali pertama bersua

Tak sangka, dikau kan menjadi pedih yang kan dalami jiwa

Siang malam termenung, sedih memakan hati

Tak pernah ku ingat ku boleh diluka begini

Namun ku cekal hatiku, tuk melupakanmu

Ku tahu kau begitu malas ku nak rayu, buang tenagaku

Kau takkan mendengarku, sudahlah, selamat tinggal oh kasih

Janganlah iri hati hidup baru kan mula bila terbitnya mentari

Kenapa harus ku bercinta, kenapa ku percaya

Kenapa harus ku diperbodohkan

Kenapa harus ku merayu, kenapa ku percaya

Kenapa harus ku dikecewakan, kasih, oh...

Kenapa harus ku bercinta, kenapa ku percaya

Kenapa harus ku diperbodohkan [yo, sing it Lah]

Kenapa harus ku merayu, kenapa ku bercinta

Kenapa harus ku pegang janjimu

Kenapa harus ku merayu, kenapa ku bercinta

Kenapa harus ku diperbodohkan

Kenapa harus ku percaya, kenapa ku bercinta

Kenapa harus ku pegang janjimukasih

Sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati

Baru kini ku berani tuk mengatakan oh gadis

Dikau punca segala, kepedihan di hatiku

Tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku...

Gambaran suasana di syurga kelak...wallahu'alam


"Bahagialah kamu wahai wanita..muslimah yang taqwa & taat suaminya....."

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),

sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz

Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa

yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak

luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari

syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang

paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan

'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa

suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap

kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah

tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,

"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang

membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita

menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,

majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang

masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang

bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?

Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham

pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan

bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan

seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang

penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli

syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang

masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan

bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si

datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita

ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya

kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh

dimusim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang

bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan

bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam

gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami

takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus

kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di

langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik

sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak

dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh

mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari

yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami

anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di

mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah

Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak

halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat

dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma

mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih

(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang

berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:

"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia

mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi

berpanjangan.

Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa

merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat

sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan

HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang

sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys

only*. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani

bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?

Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni

syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan

bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh

hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,

dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka

alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang

wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith

yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak

memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau

dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa

minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan

mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua!

Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"

Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,

Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,

ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu

diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi

keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan

perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka

warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,

niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah

dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada

ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi

yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang

diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda

tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak

'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan

terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta

aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design'

kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!

Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik

pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta

kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah

saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh

didapati.

Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"

...cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya

camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.

"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,

sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan

Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang

terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya

diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas

pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu

senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan

zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh

tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat

dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu

isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia

yang idak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada

mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah

selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama

mereka..

Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi

seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat

mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun

kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah

bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,

barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang

kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan

peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita

lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas

dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah

bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih

mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli

syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,

pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda

akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas

pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian

(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal

dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping

la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh

bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira

dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka

berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan

dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah

(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga

akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun

belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik

kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi

kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk

melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap

minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun

hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping

dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan

sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

...dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di

sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak

'berehat di rumah' saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan

tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego

dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

*Qaalu salaaman-salaama~ *

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...